Tan Cheng Hoe tidak tolak guna lebih ramai pemain naturalisasi, tetap percaya pemain tempatan
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa Malaysia mungkin perlukan khidmat pemain naturalisasi tetapi pada masa yang sama dia tetap yakin dengan bakat pemain tempatan yang ada.
Dalam sidang media selepas perlawanan menentang Afghanistan pada hari Sabtu yang lalu, Cheng Hoe tidak menolak menggunakan khidmat lebih ramai pemain naturalisasi, tetapi menetapkan beberapa kriteria sebelum pemain itu boleh dipanggil.
“Memang kalau kita gunakan pemain naturalisasi, ia boleh membantu pasukan tetapi pemain itu perlu serasi dengan pasukan dan menunjukkan sikap yang baik kepada pemain lain. Mereka perlu jadi contoh kepada pemain lain terutamanya pemain muda.
“Terpulanglah kepada FAM. Tetapi untuk jangka masa panjang, kita perlukan pemain tempatan.”
Setakat ini Malaysia baru menggunakan khidmat seorang pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh yang telah beraksi untuk Malaysia sejak Piala AFF Suzuki yang lalu. Beberapa nama juga telah dibangkitkan sebelum ini untuk mewakili Malaysia seperti pemain tengah Melaka United, Liridon Krasniqi dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula.
Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan