Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 22 Mac 2019

Tan Cheng Hoe Tidak Mahu Pemain ‘Koyak’ Dengan Kritikan, Sebaliknya Jadikannya Motivasi


Tan Cheng Hoe berharap para anak buahnya kuat untuk berhadapan dengan kritikan. Serta mampu mengambil kritikan itu sebagai satu motivasi.

Skuad Harimau Malaya dikritik hebat selepas tewas 0-1 di tangan Singapura dalam aksi Piala AIRMARINE 2019.
Tan Cheng Hoe juga berharap pemain tidak mudah ‘koyak’ dengan kritikan di media sosial. Beliau dengan nada tegas berkata: “Jika tidak tahan mendengar kritikan, sila tinggalkan media sosial.”

Tan Cheng Hoe mengakui beliau mendengar akan kritikan teruk ke atas pemain seperti Hazwan Bakri dan juga Zaquan Adha. Namun beliau masih percayakan kesemua pemain-pemain yang berada di dalam skuad.
Pengendali skuad kebangsaan itu optimis Malaysia mempunyai kualiti yang baik untuk menang dalam aksi menentang Afghanistan. Beliau berharap Harimau Malaya berjaya mengembalikan prestasi Piala AFF yang lalu.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, Tan Cheng Hoe berkata: “Jika pemain dapat memberi prestasi seperti tahun lepas (Piala AFF 2018), kita mampu memberi saingan dan mencatat keputusan positif.”
“Saya tahu semua orang kecewa apabila kalah kepada Singapura tetapi perkara itu sudah berlalu dan kita perlu pandang ke depan.”
MALAYSIA, Johor Bahru: From left FAM Malaysia Assistant Coach Tan Cheng Hoe during Press Conference before AFC Asian Cup UAE 2019 Qualifiers match between Malaysia and Lebanon at Thistle Hotel on June 12, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my
“Pemain juga harus menjadikan kritikan negatif dalam media sosial sebagai motivasi. Saya harap pemain dapat pulih dan kembali bersemangat serta dapat memberi aksi terbaik dalam aksi menentang Afghanistan.”
Malaysia akan berhadapan dengan Afghanistan untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 Piala AIRMARINE 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan