Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 22 Mac 2019

Stadium Shah Alam lebih meriah



AKSI pemain Malaysia, Muhammad Akhyar Rashid ketika menentang pasukan Filipina pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

SHAH ALAM: Lebih ramai daripada saingan Piala Airmarine 2019!
Itu yang boleh disimpulkan mengenai kehadiran penyokong pada aksi Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 antara Malaysia bertemu Filipina di Stadium Shah Alam, malam ini.
Ketika saingan Piala Airmarine 2019 antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil sekadar menarik kira kira 3,000 penyokong, namun suasana berbeza dapat disaksikan di Stadium Shah Alam.
Setakat jam 9 malam, dianggarkan kehadiran penyokong melebihi 5,000 dengan kawasan tengah Stadium Shah Alam nampak dipenuhi dengan penyokong pasukan negara.
Dengan penyokong yang dilihat tidak putus putus masuk, dijangka kehadiran boleh mencatat ke angka 8,000.
Mungkin aksi yang berlangsung pada hari bekerja menyaksikan kehadiran sedikit terencat namun sekurang kurangnya kehadiran penyokong yang direkodkan pada hari ini lebih baik berbanding aksi skuad senior kelmarin.
Seperti dijanjikan, kelompok penyokong Ultras Malaya hadir memberi sokongan kepada pemain negara dan laungan semangat yang dilontarkan mereka nyata memeriahkan lagi suasana dalam stadium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan