Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 26 Mac 2019

Skuad Kim Swee tak layak ke Thailand



Pemain Malaysia, Muhammad Danial Haqim (kiri) merembat kencang menghasilkan gol kedua ketika menentang pasukan China pada pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Keputusan seri 2-2 menentang China, semalam menyaksikan peluang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk beraksi di pusingan akhir Piala AFC B-23 2020 terkubur apabila menghuni tangga ketujuh kedudukan kedua terbaik peringkat kumpulan.
Selepas semua aksi kelayakan berakhir awal pagi tadi, Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan J hanya menduduki tempat ketujuh kedua terbaik dengan empat slot yang diberikan diisi Australia, Iran, Syria dan Arab Saudi. 

Perkembangan mengecewakan itu diperoleh menerusi status laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 1.30 pagi tadi yang mengesahkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak berjaya mengulangi pencapaian dua tahun lalu.
Penyerang Malaysia B-23 Muhammad Hadi Fayyadh (dua, kiri) diasak pemain China B-23 Lin Liangming (kiri) sewaktu perlawanan Pusingan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam, semalam. - Foto BERNAMA
Dalam aksi semalam, Malaysia hampir melayakkan diri secara automatik apabila mendahului 2-1 namun enam minit sebelum perlawanan tamat China yang dikendalikan Guus Hiddink itu berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan Jiang Shenlong.
Sebagai rekod, Australia muncul pasukan kedua terbaik apabila berjaya mengikat Korea Selatan 2-2 pada aksi terakhir Kumpulan H, manakala Iran pula seri tanpa jaringan menentang Iraq (Kumpulan C).
Syria mara menjadi pasukan kedua terbaik Kumpulan E apabila mereka seri 1-1 ketika bertemu Jordan, manakala slot kedua terbaik terakhir diisi Arab Saudi dibantu dengan seri 1-1 menentang juara Kumpulan D, Emiriah Arab Bersatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan