Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 19 Mac 2019

'Saya tahu bila nak undur' [METROTV]


“SAYA tahu bila akan undur diri (letak jawatan),” jelas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) jika pasukan Malaysia tidak berjaya mencapai sasaran sekurang-kurangnya layak ke pentas Piala Asia dalam masa terdekat ini.
Malah, Hamidin juga tidak akan menjadikan individu lain sebagai kambing hitam terutama memecat barisan kejurulatihan jika tidak mencapai sasaran terbabit.
Beliau berkata, meletakkan sasaran tinggi yang dianggap mustahil oleh sesetengah pihak membolehkan skuad kebangsaan lebih berusaha mencapai cita-cita terbabit sekali gus membuktikan FAM mempunyai perancangan jitu dalam meningkatkan kualiti bolasepak negara.
Katanya, kudrat dan keringatnya termasuk memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) adalah demi memudahkan pembangunan pasukan negara terutama membabitkan hubungan antarabangsa.
“Saya juga ditawarkan sebagai Timbalan Presiden AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) namun memilih jawatan exco saja kerana tidak mahu dikatakan gila kuasa dan jawatan itu digalas demi pembangunan bola sepak negara.
“Saya tahu bila akan undur diri jika tidak mencapai sasaran itu dan ahli gabungan boleh buat keputusan jika tidak perlukan saya, tiada masalah boleh undur,” katanya pada sidang media khas, di sini, semalam.
Malaysia hanya tiga kali beraksi dalam Piala Asia iaitu pada 1976, 1980 dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007.
Mengulas lanjut, Hamidin berkata, misi FAM jelas dan tidak mahu teragak-agak atau kurang yakin dengan kemampuan pasukan, yang penting pemain kebangsaan dan barisan jurulatih perlu berusaha lebih keras.
“Matlamat dan misi FAM jelas iaitu layak ke Piala Asia, bukannya mustahil cuma apa boleh saya katakan adalah perlu lebih berusaha keras.
“Saya sudah katakan perkara itu kepada jurulatih kebangsaan dan mereka memahaminya kerana penyokong mahukan sesuatu yang meyakinkan. Sebab itu saya letak matlamat tinggi untuk pasukan negara mencapainya,” katanya.
Sementara itu, pembangunan bola sepak negara berada pada landasan betul dengan kemungkinan boleh melahirkan pemain berkualiti untuk mencapai matlamat terbabit.
“Kita boleh lihat pelbagai kejayaan yang dicapai sebelum ini dan jika pasukan negara sebelum ini hanya bergantung kepada nasib, mungkin boleh katakan pembangunan bola sepak kita mundur,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan