PREVIU: LIGA SUPER PUSINGAN LP7
Johor Darul Ta'zim (JDT) berharap dapat mengukuhkan kedudukan mereka di puncak Liga Super apabila mereka bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.
JDT mendahului kedudukan dengan 16 mata daripada lima kemenangan dan satu seri manakala Pahang (14 mata) dan Kedah (11 mata) masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.
Perlawanan di Alor Setar akan menguji pasukan JDT memandangkan Kedah masih belum bolos dalam dua perlawanan di Stadium Darul Aman setakat ini.
Kedah bagaimanapun, perlu merombak pertahanan mereka kerana pemain pertahanan, Renan Alves akan menjalani penggantungan.
Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata: "Saya mempunyai Plan B dalam ketiadaan Alves. Semasa liga berehat, kita menjalani latihan di Kuala Lumpur selama dua minggu untuk menguji pemain dan juga mengatasi kelemahan pasukan kita”.
"Para pemain sudah bersedia untuk bertemu JDT dan mereka tidak sabar untuk mencatat keputusan yang baik," kata Aidil.
Barisan pertahanan Kedah perlu peka pada perlawanan ini kerana bahagian serangan JDT amat berbisa. JDT merupakan penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, dengan 16 gol dijaringkan oleh enam pemain, termasuk penjaring terbanyak liga, Gonzalo Cabrera (5 gol).
Dalam dua perlawanan lain pada hari Jumaat, Melaka akan melayan kunjungan Perak di Stadium Hang Jebat manakala Terengganu FC akan berkunjung ke Stadium Shah Alam untuk bertemu Selangor.
Melaka, yang menduduki tempat kelima dengan 10 mata, terpaksa bermain tanpa kelibat pemain tengah, Liridon Krasniqi yang masih cedera. Namun begitu, jurulatih mereka, Zainal Abidin Hassan berkata ‘Ketiadaan Krasniqi tidak akan menjejaskan pasukannya untuk menentang pasukan Perak’.
Jurulatih Terengganu FC Irfan Bakt,i yakin pasukannya akan mendapat keputusan yang baik apabila bertemu Selangor.
"Para pemain berada dalam keadaan baik. Saya telah mengatasi kelemahan-kelemahan pasukan saya semasa liga berehat.
"Saya sudah mengingatkan para pemain supaya tidak terlalu berhati-hati menentang Selangor. Kami memerlukan tiga mata di dalam perlawanan ini,” kata Irfan.
Pertembungan antara Felda United FC dan Pahang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka merupakan perlawanan tumpuan pada hari Sabtu nanti.
Felda United FC masih kebal di laman sendiri dengan satu kemenangan dan satu seri dalam dua perlawanan di Jengka setakat ini, manakala Pahang terpaksa bermain tanpa penyerang import mereka, Dickson Nwakaeme.
Dickson, yang telah menjaringkan empat gol setakat ini, digantung satu perlawanan selepas menperoleh kad kuning ketiga peribadinya dalam perlawanan LS6 menentang Kedah.
Pemain import Indonesia, Saddil Ramdani mungkin terlepas perlawanan kali ini memandangkan beliau masih belum pulang dari tugas antarabangsa.
"Tiga import lain, Safuwan Baharudin, Herold Goulon dan Ze Love akan bermain pada hari Sabtu," menurut jurulatih Pahang, Dollah Salleh.
Dalam perlawanan lain, PKNP FC akan bertemu dengan Kuala Lumpur di Manjung dengan kedua-dua pasukan dalam misi meraih kemenangan pertama dalam Liga Super manakala pendatang baru liga PJ City FC akan menentang PKNS FC di Petaling Jaya.
Saksikan siaran langsung Kedah lwn. JDT malam ini di TV9, dan kesemua perlawanan Liga Super di iflix.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan