Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 20 Mac 2019

Piala AIRMARINE: Tan Cheng Hoe Bakal Turunkan Barisan Terbaik Malam Ini


Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membayangkan akan mengekalkan separuh daripada kesebelasan utama skuad Piala AFF tahun lepas apabila melayan kunjungan Singapura dalam kejohanan Piala AIRMARINE di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Beliau juga mahu pemain memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mendapatkan kemenangan sekaligus memperbaiki kedudukan ranking FIFA.
“Kesemua pemain nampak gembira ketika sesi latihan dan saya berharap kita akan ada perlawanan yang baik esok. Tentunya para pemain tahu kejohanan ini penting dalam memperbaiki kedudukan ranking dunia,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM
Difahamkan kesemua pemain skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik, termasuk pemain veteran, Nosharul Idlan Talaha, yang menyertai rakan-rakan lain dalam sesi latihan semalam.
Kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pula mengharapkan beberapa pemain baru yang disenaraikan kali ini dapat membantu rakan sepasukan lain mencipta keputusan positif menentang Singapura.
“Kami hormat Singapura dan tahu perlawanan dua negara ini unik. Perlawanan ini penting untuk kutip mata ranking dan elak bermain pusingan kalah mati kelayakan Piala Dunia, jadi kami akan buat yang terbaik dalam perlawanan menentang Singapura,” katanya.

Sementara itu, jurulatih sementara Singapura, Nazri Nasir, berharap beberapa pemainnya yang bermain dalam Liga Malaysia akan menggunakan kelebihan mereka membantu mengalahkan Malaysia dalam perlawanan esok.
“Beberapa pemain seperti Harris (Harun), Muhammad Shakir (Hamzah) dan Safwan (Baharuddin) bermain dalam Liga Malaysia dan saya berharap mereka dapat menggunakan pengalaman mereka untuk membantu pasukan kami.
“Saya percaya mereka akan berikan yang terbaik kerana pemilihan pemain untuk kejohanan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman, prestasi dan kecergasan mereka.
“Perlawanan menentang Malaysia tentunya menarik dengan kedua-dua negara ada pengalaman pertemuan yang banyak dan saya sendiri sebagai bekas pemain berharap mereka akan bermain dengan baik walaupun kita tahu Malaysia mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri,” ujarnya.
FOTO: FAM
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Oman akan bertemu Afghanistan dalam perlawanan jam 4.30 petang di stadium yang sama. Pasukan yang tewas akan bertemu bagi menentukan kedudukan ketiga/keempat manakala pemenang akan bertemu dalam perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung Sabtu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan