Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 25 Mac 2019

Penyokong Malaysia Diseru Banjiri Stadium Shah Alam Esok


Skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee amat memerlukan sokongan padu para penyokong bola sepak tanah air bagi aksi terakhir Kelayakan AFC B-23 bertemu China di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam esok.
Ia adalah pertemuan hidup mati yang akan menentukan slot ke pusingan akhir kejohanan AFC B-23 di Thailand sekaligus menghidupkan impian beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Malaysia yang berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan J di belakang China dengan 6 mata belum pasti layak berdasarkan kedudukan terkini tempat kedua terbaik dimana Australia, Myanmar, Iran dan Syria kini berada dalam kedudukan 4 teratas. Hanya kemenangan yang akan memastikan slot automatik menjadi milik negara.


Justeru itu, sekumpulan penyokong setia pasukan kebangsaan iaitu Ultras Malaya menyeru semua penyokong membanjiri Stadium Shah Alam untuk membangkitkan semangat pemain bagi mencapai kemenangan ke atas China.

“Ingat tak tahun lepas macam mana puluhan ribu “ekor” memenuhi segenap ruang di stadium? Aura yang kita salurkan dekat 11 orang “Harimau” di padang sangatlah dasyat. Esok adalah harinya kita “beraksi” lagi. Kita ada job esok ni boys!,”
“Tak kira kamu ultra ataupun tidak, kamu semua adalah Ekor Harimau Malaya. Bawak sifat bengis kamu dan “lemparkan” dalam bentuk sorakan di stadium esok. Kita perlu menang, kita mesti menang, kita wajib menang! Hasut semua orang, kita penuhkan stadium!
“Yang jauh dari stadium, apply emergency leave untuk esok. Letak reason “national calling”. Pastikan jasad kamu hadir di stadium menjelang sepak mula malam esok. Kita bertanggungjawab untuk support team kita. Job macam ni tak boleh harap orang lain buat. Ini job kita!
“Mulai detik ini, bangkitkan semangat semua ekor harimau malaya yang sedang “tidur”. Sedarkan mereka yang kita ada job besar menanti di stadium malam esok. We can do this! Penuhkan stadium! Ayuh Malaysiaku!,” seruan daripada Ultras Malaya di laman media sosial mereka.

Dapatkan tiket anda segera !

Tiket perlawanan kini boleh didapati secara online di laman web tickethotline.com.my dan dibuka sehingga 11.59 malam ini manakala jualan di kaunter tiket stadium akan dibuka bermula 12.00 tengah hari esok.
Tiket berharga RM 20 (dewasa) & RM5 (kanak-kanak 7-12 tahun). Kemasukan ke stadium adalah menggunakan sistem imbasan Kod QR sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan