Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Pemain Perlis Desak PFA Saman Datuk Ahmad Amizal Shaifit


Kemelut yang melanda bola sepak Perlis kini memasuki episod baharu apabila beberapa bekas pemain skuad singa utara mendesak Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) supaya mengheret bekas presiden, Datuk Ahmad Amizal Shaifit ke mahkamah kerana gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Menurut bekas pemain pertahanan pasukan itu, Amiridzwan Taj Tajuddin, Ahmad Amizal tidak seharusnya dibiarkan bebas begitu saja tanpa sebarang tindakan kerana beliau telah merosakkan bola sepak negeri tersebut.
“Dia tak boleh larikan diri macam itu saja selepas apa yang berlaku selama dia memegang PFA dalam tempoh hampir empat bulan.
“Be gentleman (bertanggungjawab), tampilkan diri perjelaskan keadaan sebenar dan selesaikan apa yang sudah dimulakan.
“Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan bukannya menghilangkan diri selepas menganiaya banyak pihak,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.

Amirizdwan yang kini masih mencari pasukan baharu berharap para pemain Perlis mendapat pembelaan sewajarnya dan tunggakan gaji seperti yang tertera dalam kontrak.

“Saya berharap PFA boleh memfailkan saman sivil ke atas pemimpin itu sebab pengurusan yang membawanya masuk ke dalam PFA.
“Terlalu banyak kerosakan malah dia boleh menghancurkan karier pemain selepas apa yang berlaku,” katanya.
Difahamkan pemain yang menandatangani kontrak bersama PFA boleh terus memfailkan saman sivil ke atasnya di mahkamah sekiranya mereka mahu kerana tindakan Ahmad Amizal itu hanya membabitkan pelanggaran kontrak antara majikan dan pekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan