Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 23 Mac 2019

Oman juara sulung Piala Air Marine 2019

PEMAIN Oman, Jameel Saleem Jameel Al Yahmadi (tengah) cuba mendapatkan

PEMAIN Oman, Jameel Saleem Jameel Al Yahmadi (tengah) cuba mendapatkan bola sambil dikejar pemain Singapura, Safuwan Baharudin (kiri) dalam final Piala Air Marine di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
KUALA LUMPUR 23 Mac - Oman membuktikan status pasukan ranking ke-90 dunia apabila muncul juara sulung Piala Air Marine 2019 selepas menundukkan Singapura 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pemenang kejohanan tersebut terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit.
Pasukan kendalian Erwin Koeman nyata memiliki kelebihan fizikal berbanding Singapura namun ia tidak bermakna skuad dari Asia Tenggara tersebut merupakan lawan mudah.
Bagaimanapun, Oman yang daripada awal telah mensasarkan mahu merangkul kejuaraan ini berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi tandukan Abdul Aziz Humaid Mubarak Al-Maqbali.
Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga berakhir babak pertama meskipun kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.
Perlawanan seakan memihak kepada Oman untuk muncul sebagai juara lebih awal bagaimanapun dinafikan Singapura apabila Zulfahmi Arifin bijak melakukan sepakan percuma menarik daripada luar kotak pada minit terakhir permainan untuk mengheret ke penentuan sepakan penalti bagi menentukan pemenang.
Terdahulu, Oman layak ke final selepas membelasah Afghanistan 5-0 manakala Singapura mengecewakan Malaysia 1-0 dalam aksi separuh akhir kejohanan sulung tersebut, Rabu lalu.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan