Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 17 Mac 2019

MFL mampu selesai isu penajaan

MFL memberi jaminan akan tetap menyerahkan geran tahunan kepada

MFL memberi jaminan akan tetap menyerahkan geran tahunan kepada pasukan yang bertanding dalam Liga M.
KUALA LUMPUR 17 Mac - Keputusan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menarik diri sebagai penaja utama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sememangnya mengundang kebimbangan sesiapapun lebih-lebih lagi ia turut memberi impak kepada 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

YUSOFF MAHADI

YUSOFF MAHADI 




Namun, dua wakil persatuan negeri iaitu Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yakin terhadap kewibawaan MFL yang diterajui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini, meminta agar semua persatuan bola sepak negeri bertenang dan jangan mudah panik.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, semua persatuan negeri serta kelab seharusnya memberi ruang kepada MFL bagi mencari penaja baharu.
“Kami di Melaka United percaya kepada MFL. Mereka sedang berusaha mencari penaja. Kami faham, proses itu memakan masa dan menyebabkan berlakunya kelewatan. Perkara ini berlaku di luar jangkaan. Kami yakin MFL mampu menyelesaikan tanggungjawab mereka kepada pasukan yang bertanding dalam Liga M,” katanya.
Menerusi laporan Mingguan Malaysia, hari ini, TM menarik diri selaku penaja utama MFL,

ABD. AZIZ YEOP

ABD. AZIZ YEOP 







namun, pengelola Liga M itu tidak mengambil masa lama untuk mengadakan rundingan dengan beberapa prospek penaja baharu dan keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu hingga sebulan dari sekarang.
Turut sependapat dengan Yusoff, Timbalan Presiden Pafa, Abd Aziz Yeop Jamaluddin yang percaya kepada Tunku Ismail bagi memastikan kebajikan pasukan dalam Liga M terjamin.
“Saya percaya kepada TMJ dan MFL. Pasukan akan menerima geran sebaik sahaja penaja dapat dicari. Saya yakin persatuan tidak terjejas,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan