Pemain Sayap Pahang, Faisal Abdul Halim berharap dapat peluang berada dalam kesebelasan utama skuad Malaysia B-23 untuk perlawanan kedua kelayakan AFC B-23 menentang Laos di Stadium Shah Alam malam ini.
Jaringan ketiga beliau yang membantu Malaysia menewaskan Filipina, 3-0 kelmarin sudah cukup membuktikan kesungguhannya untuk merebut tempat dalam pasukan.
“Permulaan yang baik untuk pasukan, gol yang dijaringkan malam ini akan membawa aura yang lebih pada aksi kedua menentang Laos nanti, dari segi keputusan tiga mata diraih cuma dari segi jaringan kurang memuaskan jika dilihat peluang yang terhidang.
“Kini saya ketagih minit untuk beraksi dan akan ada lebih peningkatan pada perlawanan seterusnya,” katanya dalam sukan sinar.
Pada perlawanan tersebut, Miki dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke 64 menggantikan Muhammad Akhyar Rashid dan kemasukan pemain Pahang ini nyata memberikan impak yang ketara melalui beberapa percubaan berbahaya dipamerkan.
Namun jaringannya itu menimbulkan pelbagai reaksi oleh penyokong termasuk melabelkan beliau tidak memiliki semangat kesukanan, Faisal menjelaskan tindakannya itu tidak melanggar mana-mana peraturan perlawanan.
“Dalam bola sepak tiada pun mengatakan fair play ini harus dipatuhi. Kita memerlukan kemenangan dan gol yang banyak. Jadi kita gunakan kelebihan itu untuk pasukan kita,” jelasnya.
Selepas perlawanan menentang Laos, skuad negara akan membuat penghitungan dengan pencabar terkuat, China yang dikendalikan oleh jurulatih terkemuka dunia, Guus Hiddink pada hari Selasa ini di Stadium Shah Alam.
Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan