Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 23 Mac 2019

Jaringan sendiri bantu Malaysia atasi Afghanistan


PEMAIN Malaysia bersorak bersama penyokong selepas tamat perlawanan Piala Airmarine 2019 antara Malaysia menentang Afghanistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat ketiga Piala Airmarine 2019 selepas menewaskan Afghanistan 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Gol sendiri Abassin Alikhil melengkapkan kemenangan skuad Harimau Malaya selepas bola ditahan dengan menjulurkan kakinya daripada hantaran silang Matthew Davies menerjah gawang sendiri pada mini ke-84.
Afghanistan membuka jaringan pada minit ke-31 menerusi tendangan lambung Faysal Shayesteh dari luar kotak penalti yang menewaskan kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pemain baharu Harimau Malaya Mohd Faiz Mohd Nasir merasai gol pertama antarabangsanya pada minit ke-43 apabila rembatan jarak jauhnya nya menerjah sudut kiri palang gol dari luar kotak penalti.
Terdahulu, Muhammad Hadin Azman mempunyai peluang terbaik untuk Malaysia mendahului 2-1 pada minit ke-60 apabila dia berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol lawan, tetapi sepakannya berjaya ditampan penjaga gawang Afghanistan.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Negara , Tan Cheng Hoe berkata kemenangan hari ini adalah penting selepas kekalahan dengan Singapura, Rabu lalu.
Beliau memuji keinginan dan kesungguhan mereka untuk terus mengasak bagi mendapatkan gol kemenangan terutamanya pada babak kedua.
“Ia adalah kemenangan penting buat kami…satu penaik semangat yang baik untuk kami. Selepas tewas kepada Singapura, pemain sedar mereka tidak bermain dengan baik dan memberikan aksi terbaik mereka kali ini.
Hari ini pemain beraksi dengan lebih fokus dan keyakinan pada separuh masa kedua. Kami bermain dengan baik dan menguasai permainan dan perlu mengekalkan momentum untuk perlawanan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Afghanistan, Anoush Dastgir menyalahkan pengadil ke atas kekalahan kedua pasukannya dalam kejohanan ini.
“Saya berterima kasih kerana dijemput menyertai kejohanan ini oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia, tetapi saya tidak gembira dengan permainan hari ini terutamanya pengadil. Saya faham ia adalah perlawanan persahabatan, kami bermain menentang Malaysia, saya boleh faham,” katanya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan