Malaysia Bawah-23 (B-23) berjaya mencatat kemenangan dengan Laos B-23 hasil daripada gol tunggal perlawanan menerusi pemain gantian, Safawi Rasid pada minit ke 80 di kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Harimau Muda turun dengan misi mencatat kemenangan kedua setelah berjaya menumpaskan Filipina B-23 pada perlawanan pertama Jumaat lalu.
Ong Kim Swee membuat lima pertukaran dengan tidak memasukkan beberapa pemain penting antaranya adalah Nik Akif, Hadi Fayyadh dan Safawi Rasid.
Malaysia membuka perlawanan dengan peluang pertama pada minit ketujuh melalui Nik Azli hasil daripada lorongan Akhyar Rashid namun Nik Azli yang berjaya menumpaskan penjaga gol lawan memilih untuk merebahkan badan dan dikenakan kad kuning oleh pengadil perlawanan.
Penyerang tunggal negara, Nik Azli menguji pintu gol Laos pada minit kelapan daripada luar kotak penalti tetapi mudah ditangkap oleh penjaga gol Laos.
Permainan yang masuk minit ke 12 menjadi semakan rancak apabila hantara Nik Azli ke dalam kotak penalti berjaya mencari Akhyar Rashid yang tidak dikawal tetapi pemain baharu Johor Darul Ta’zim gagal menjaringkan gol apabila rembatan beliau tersasar jauh.
Selang tiga minit selepas itu, Laos mendapat cubaan pertama melalui Vanna Bounkong tetapi penjaga gol negara, Haziq Nadzli berada dalam keadaan sedia untuk menyelamatkan bola tersebut.
Nik Azli sekali lagi mempunyai peluang terhidang pada minit ke 19 setelah keadaan yang kucar kacir di hadapan gawang gol Laos tetapi rembatannya singgah tepat ke tangan penjaga gol Laos.
Malaysia yang banyak mengawal permainan sepanjang 30 minit hampir dikejutkan Laos pada minit ke 33 apabila hantaran Bounphachan Bounkong singgah di hadapan gawang gol Malaysia gagal disambut oleh mana-mana pemain Laos.
Selang 2 minit selepas itu, Laos datang lagi dengan cubaan penyerang tunggal mereka, Vannasone Douangmaity yang merembat daripada luar kotak penalti. Cubaan tersebut telah menewaskan penjaga gol negara namun diselamatkan oleh palang gol Malaysia.
Keputusan seri 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama dengan Malaysia banyak mengawal permainan manakala Laos banyak mengharapkan daripada serangan balas yang pantas.
Laos memulakan separuh masa kedua melalui cubaan pertahanan tengah, Kaharn Phetsivilay mereka tetapi berjaya ditampan penjaga gol Malaysia.
Buntu dalam mencari gol awal, Malaysia memasukkan dua pemain iaitu Safawi Rasid dan Jafri Firdaus Chew bagi menggantikan Faisal Halim dan Nik Azli.
Permainan sedikit membosankan apabila kedua-dua pasukan banyak menghabiskan masa dengan bermain ditengah padang dan gagal menguji gawang gol masing-masing.
Tetapi menjelang minit ke 80, pemain gantian, Safawi Rasid berjaya menembus dinding pertahanan Loas apabila sepakan percuma beliau gagal ditangkap kemas penjaga gol Laos dan memberi gol pendahuluan buat Malaysia.
Add caption |
Kedudukan kekal 1-0 sehingga akhir minit perlawanan dengan Malaysia berjaya mengumpul enam mata penuh manakala Laos gagal mengutip sebarang mata apabila tewas dua perlawanan – dengan China dan Malaysia.
Malaysia bakal bertemu China pada perlawanan ketiga kelayakan Kejohanan AFC B-23.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan