
SKUAD bola sepak bawah 22 tahun Malaysia tidak layak beraksi di pusingan akhir Kejuaraan bawah 23 tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Thailand.
Menurut laman Twitter Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak layak beraksi peringkat akhir di pusingan akhir itu selepas gagal berada dalam kalangan empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan bagi saingan kelayakan.
Skuad Malaysia yang berada dalam kumpulan J bersama China, Filipina dan Laos menamatkan saingan kelayakan malam tadi dengan keputusan seri 2-2 menentang China di Stadium Shah Alam.
Pada aksi pembukaan kumpulan Malaysia mencatat kemenangan bergaya menewaskan Filipina 3-0 diikuti mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Laos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan