Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Hanya perlu 2 hari 'baham' Harimau Malaya


REAKSI pemain Malaysia setelah tewas 1-0 selepas perlawanan Piala Airmarine 2019 antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Singapura, Nazri Nasir terkejut apabila pasukannya mampu ‘membaham’ Harimau Malaya pada aksi Piala Airmarine malam tadi, walaupun hanya berlatih dua hari.
Menurutnya, ia bukan tugas mudah untuk menentang Malaysia terutamanya di gelanggang lawan tetapi kemenangan 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu amat manis.
"Bukan senang untuk bermain di gelanggang lawan dan saya hanya ada dua hari untuk melatih pasukan. Saya beritahu pemain supaya terus cipta peluang kerana di pentas antarabangsa, jika kami gagal sempurnakan setiap peluang, kami akan dihukum.
"Kami cuba untuk bersabar dan kekalkan penguasaan bola. Yang penting kami perlu tunggu masa yang terbaik dan itulah yang berlaku pada perlawanan ini.
"Tiada apa lagi yang saya boleh katakan tentang jaringan itu," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Pada perlawanan itu, impian untuk melihat Harimau Malaya menjulang Piala Airmarine pada penganjuran sulung tidak kesampaian dan bekas import PKNS FC, Faris Ramli muncul wira Singapura apabila meledak jaringan tunggal perlawanan.
Walaupun tidak memiliki persiapan lebih rapi, kesungguhan yang dipamerkan pemain nyata wajar mendapat pujian daripada Nazri.
"Saya yakin dengan mereka. Jika saya ambil kamu, saya yakin yang kamu boleh berikan sesuatu kepada pasukan. Walaupun hanya mengejar bola atau pun halang hantaran pasukan lawan, saya sudah cukup gembira dengan sumbangan mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan