Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 18 Mac 2019

Dato' Hamidin Mahu Skuad Kim Swee Layak Ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 Di Thailand Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengadakan pertemuan dengan pemain dan pegawai skuad B-22 kebangsaan, petang tadi. #FAM #HarimauMalaya #AFCU23

Dato' Hamidin Mahu Skuad Kim Swee Layak Ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 Di Thailand
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengadakan pertemuan khas dengan para pemain dan pegawai skuad B-22 kebangsaan di hotel penginapan pasukan di Petaling Jaya, petang tadi.
Pada pertemuan yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Dato' Sri Subahan Kamal selaku pengurus pasukan dan ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee, Dato' Hamidin memberikan kata-kata semangat dan motivasi menjelang saingan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini.
Malaysia akan membuka kempen kelayakan bagi Kumpulan J itu bertemu Filipina pada Jumaat, 22 Mac diikuti Laos pada Ahad, 24 Mac dan China pada Selasa, 26 Mac 2019.
"Saya mahu para pemain serta pegawai pasukan menanam tekad dalam diri masing-masing bahawa misi kita adalah untuk layak ke pusingan akhir di Thailand, tahun depan.
"Untuk itu, jangan pandang rendah terhadap Filipina dan Laos pada dua aksi awal. Selepas itu, kita perlu mengatasi China untuk layak dan gunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah bagi saingan kelayakan ini," kata Dato' Hamidin.

Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 16 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 5 orang

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 17 orang, orang senyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan