Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 27 Mac 2019

Danial terkilan golnya gagal bantu Malaysia mara

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Danial Haqim mengakui berasa terkilan apabila jaringannya tidak dapat membantu pasukan mencipta kemenangan sebaliknya terpaksa puas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang China dalam aksi terakhir Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, semalam.






DANIAL HAQIM


Kegagalan Malaysia menewaskan China terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas disahkan tidak layak ke pusingan akhir AFC B-23 di Bangkok, tahun depan.
Danial berkata, dia dan rakan sepasukannya terpaksa akur dengan keputusan tersebut biarpun pada satu ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada Malaysia namun gol penyamaan Jiang Shenglong ketika permainan berbaki enam minit, mengubah segala-galanya.
“Bukan rezeki kami. Jujurnya memang saya sedih kerana jaringan saya itu tidak dapat membantu pasukan untuk mencipta kemenangan ke atas China.
“Kami sudah berusaha namun mungkin disebabkan kami lalai dalam 10 minit terakhir, keputusan perlawanan berubah,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Shah Alam, semalam.
Danial yang menjaringkan gol pertamanya dalam aksi kompetitif bersama skuad negara berkata dia tetap bersyukur kerana jaringan tersebut turut melonjak namanya.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan