Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 22 Mac 2019

Afghanistan kekalkan skuad yang tewas kepada Oman untuk berdepan Malaysia

JURULATIH Oman, Edwind Roeman (kanan), dan Jurulatih Afghanistan,

JURULATIH Oman, Edwind Roeman (kanan), dan Jurulatih Afghanistan, Anoush Dastgir dalam sidang akhbar menjelang saingan Piala Air Marine di Hotel Dorsett Grand, Kuala Lumpur, baru-baru ini.- FOTO UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 22 Mac - Afghanistan akan membariskan skuad yang sama ketika mereka tumpas 0-5 kepada Oman untuk bertemu Malaysia dalam aksi penentuan tempat ketiga-keempat Piala Air Marine di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.
Jurulatih Afghanistan, Anoush Dastgir berkata, dia percaya skuad bimbingannya kini berada dalam keadaan terbaik selepas berehat dua hari.
“Aksi menentang Malaysia sudah pastinya sengit. Kami amat menghormati pasukan Malaysia, tetapi cabaran besar bagi kami adalah cuaca panas.
“Kita memang tahu keadaan cuaca panas ini, tetapi jika kita tiba dua atau tiga hari lebih awal, kita boleh sesuaikan diri, namun kita sampai pada tengah malam, sehari sebelum perlawanan pertama dengan penerbangan mengambil masa 25 hingga 30 jam.
“Ketika berdepan Oman, kita tidak mendapat rehat secukupnya. Pada masa ini, pemain sudah kembali cergas dan mereka pasti dapat memberikan prestasi terbaik dalam perlawanan esok.
“Saya akan menurunkan barisan pemain sama kerana mereka sudah cukup bersedia,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan