KUALA LUMPUR: China mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan J kelayakan Piala AFC B-23 2020 selepas membelasah Filipina 8-0 di Stadium Shah Alam petang tadi.
Skuad kendalian Guus Hiddink itu kini mengumpul enam mata daripada dua perlawanan dan bakal bertemu tuan rumah, Malaysia yang kini di tangga kedua selepas menewaskan Filipina 3-0 pada perlawanan pertama.
China yang memulakan kempen dengan menundukkan Laos 5-0 Jumaat lalu, merehatkan beberapa tonggaknya namun ia tidak menghalang anak buah Hiddink itu untuk membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi Shan Huanhuan.
Tiga minit kemudian Hu Jinghang menambah jaringan sebelum Huang Chong melebarkan kedudukan kepada tiga gol pada minit ke-19. Lin Liangming menjadikan kedudukan 4-0 10 minit kemudian. Tiga minit sebelum rehat, Jinghang meledak gol keduanya untuk China mendahului selesa.
Bersambung babak kedua, Zhang Yuning meneruskan penguasaan China dengan gol keenam hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Jinghang ketika rehat.
Filipina cuba bangkit tetapi minit ke-77 Huanhuan menambah jaringannya sebelum Yuning turut menyusul dengan gol keduanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan