Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Disember 2018

Yakult yakin keupayaan Harimau Malaya


KUALA LUMPUR: Penaja pasukan kebangsaan, Yakult (M) Sdn Bhd tidak ketinggalan memberikan sokongan semangat kepada skuad Harimau Malaya menjelang aksi final pertama Piala AFF 2018 bertemu Vietnam, malam esok.
Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada turut melontarkan keyakinannya betapa pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu mampu melakar sejarah dengan merangkul gelaran ‘Raja Asia Tenggara’ selepas kali pertama melakukannya pada 2010.
Katanya, beliau menyaksikan betapa barisan pemain kali ini memiliki semangat juang begitu tinggi apatah lagi selepas kejayaan menundukkan juara bertahan, Thailand.
“Sebagai penaja kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya melihat skuad negara ini berada pada tahap yang terbaik untuk memberikan saingan kepada Vietnam.
“Sememangnya harapan kita pada saingan ini untuk melihat trofi ini dibawa pulang ke Malaysia dan Yakult sentiasa percaya dengan kemampuan pemain negara.
“Saya mengharapkan agar semua pemain dapat memberikan aksi terbaik nanti, dan semoga kejuaraan akan menjadi milik kita,” katanya dalam majlis mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad kebangsaan, hari ini.
Sebagai rekod, pembabitan Yakult dalam arena sukan tempatan bukanlah satu perkara yang asing.
Yakult sudah menjadi penaja rasmi bagi FAM dan Institut Sukan Negara (ISN) dengan minuman Yakult diiktiraf sebagai minuman rasmi dua badan terbabit.
Selain itu, setiap satu sen akan disumbangkan kepada pembangunan bola sepak negara bagi setiap botol Yakult yang dijual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan