Tinjauan Utusan Online mendapati, ada penyokong datang membawa keluarga, termasuk anak kecil, malah sesetengah mereka sudah tiba di perkarangan stadium sejak pukul 8 pagi tadi.
–– ADVERTISEMENT ––

“Saya tunggu dari pukul 8 pagi tadi sebab mendapat khabar angin di WhatsApp kaunter dibuka hari ini pada pukul 9 pagi.
“Alang-alang di sini saya tunggu sampai pagi esok sahaja sebab saya mengikuti perlawanan sejak daripada peringkat kumpulan lagi,” kata seorang penyokong, Ismail Sulaiman, 29, yang merupakan anggota tentera.
Video oleh ROZAIDI ZULKIFLI
Sebanyak 32,000 tiket akan dijual esok di Pintu A dan Pintu E dengan setiap penyokong hanya boleh membeli lima keping.
Peminat juga boleh mendapatkan tiket di cawangan terpilih rangkaian pakaian sukan terkenal, Al-Ikhsan Sports.
Malaysia akan menentang Vietnam dalam final pertama di Bukit Jalil, Selasa ini sebelum bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Sabtu depan untuk aksi timbal balik. - UTUSAN ONLINE