Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 8 Disember 2018

‘Ulat tiket’ ambil kesempatan

Wartawan Mingguan Malaysia untuk menjadi pembeli tiket Piala AFF.

Wartawan Mingguan Malaysia untuk menjadi pembeli tiket Piala AFF.

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Permintaan luar biasa yang diterima untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF, Selasa ini, mendorong banyak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket pada harga tidak masuk akal.
Ini bukan kali pertama ke­adaan seperti ini berlaku. ­Situasi sama pernah terjadi setiap kali Malaysia menghadapi perlawanan bola sepak yang besar ­seperti final Piala Malaysia, Piala FA dan Sukan SEA 2017.
Menerusi tinjauan Mingguan Malaysia dalam media sosial, ada pihak mendakwa memiliki 100 keping tiket untuk dijual pada harga RM80 sekeping berbanding harga biasa RM40 (terbuka).
Wartawan Mingguan Malaysia yang menyamar sebagai pembeli dibenarkan mendapatkan seberapa banyak tiket yang dimahukan, asalkan wang didepositkan ke akaun penjual terlebih dulu.
Lebih mengejutkan, ada juga yang berani menjadikan beberapa laman web jual beli sebagai platform menjual tiket pada harga mencecah sehingga RM500.
Instagram selangorfans_official pula menyifatkan sikap mereka yang menjual tiket pada harga tinggi sebagai ‘Yahudi’.
Media sosial ­seperti Facebook, Intragram dan Twitter menjadi platform popular untuk jualan tiket secara haram atau lebih dikenali sebagai ‘ulat tiket’.
Bagaimanapun, gejala ini sukar dibendung kerana terdapat segelintir pihak yang sanggup membeli pada harga berlipat kali ganda lebih mahal demi merasai suasana perlawanan tanpa perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket.
Sekiranya, tiada permintaan sudah tentu penjualan tiket ha­ram tidak akan berlaku.
Kebanyakan penyokong juga lebih mudah meletakkan ke­salahan sepenuhnya di bahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila gagal mendapatkan tiket sedangkan Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak mungkin dibenarkan menampung sehingga 100,000 penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan