KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan Lim Teong Kim kekal selaku Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan ketua jurulatih bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sehingga 31 Oktober 2019.
“Lim Teong Kim kekal sebagai Pengarah Teknikal AMD serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan program latihan AMD dan jurulatih AMD sehingga kontrak beliau berakhir pada 31 Oktober 2019.
“Peter De Roo selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah dilantik penasihat Teknikal di bawah Jawatankuasa Teknikal yang akan memantau secara keseluruhan program NFDP dan AMD,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi
Oktober lalu, isu jumlah gaji yang dibayar kepada Teong Kim menimbulkan kontroversi selepas skuad bawah 16 tahun negara gagal layak ke saingan Piala Dunia B-17 di Peru tahun hadapan sehingga menarik perhatian Syed Saddiq yang mahu ia dinilai semula. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan