Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 5 Disember 2018

Tahniah Harimau Malaya Layak Ke Final Piala AFF Suzuki 2018 Mengenepikan Thailand

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya setelah berjaya mengikat Thailand 2-2 sehingga tamat tiupan wisel penamat di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Malam yang bersejarah buat pasukan Malaysia.

Malaysia seri 2-2 dengan Thailand sebentar tadi dan seterusnya mara ke Final dengan kelebihan gol di tempat lawan setelah seri juga di Stadium Nasional Bukit Jalil 0-0 Rabu lepas.

Foto : FAM

Thailand terlebih dahulu membuka jaringan melalui gol sendiri pemain Malaysia di depan pintu gol pada minit ke 21 separuh masa pertama. Malaysia tidak mengambil masa yang panjang untuk menyamai kedudukan. Pada minit ke 28, pemain pertahanan Malaysia, Syahmi Safari berjaya menewaskan penjaga gol Thailand dengan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Info Grafik : FAM

Perlawanan seimbang antara kedua-dua pasukan dengan masing-masing membuat serangan-serangan. Di minit 63, Thailand sekali lagi mendahului Malaysia hasil jaringan pemain nombor 6 Thailand, Pansa Hemviboon. 8 minit kemudian pada minit Norshahrul Idlan Talaha pula berjaya menjaringkan gol kedua Malaysia menjadikan kedudukan seri 2-2.

Dalam kedudukan yang hampir memihak kepada Malaysia, setelah masa penuh perlawanan 90 minit, jaringan masih 2-2. 5 minit tambah masa diberi dan dengan tidak diduga, Syahmi yang menjadi hero Malaysia sebelum itu telah dipersalahkan dalam kotak penalti kerana tertampan bola dengan tangan.

Sepakan penalti diberi kepada Thailand di saat-saat akhir perlawanan. Ketika itu sudah terbayang kehampaan pasukan Malaysia serta penyokongnya yang datang dari jauh.

Syukur, alhamdulillah, sepakan Adisak Kraison melambong tinggi atas palang gol. Jurulatih, Tan Cheng Hoe serta pemain menarik nafas lega dan kegembiraan dan tahu tiupan wisel akan dibunyikan beberapa saat sahaja lagi.

Tahniah Harimau Malaya !
Tahniah Tan Cheng Hoe !
Tahniah penyokong Malaysia !

Jumpa di Final kita !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan