Double S menyelamatkan Malaysia dari ketinggalan 2 gol. Perlawanan Akhir Pertama berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Vietnam terlebih dahulu mendahului Malaysia 2-0 hasil daripada jaringan Nguyen Huy Hung pada minit ke 22 dan Pham Duc Huy 3 minit kemudian.
Malaysia berjaya merapatkan jurang apabila di minit ke 36, Shahrul Saad berjay menanduk bola masuk menerjah gawang gol Vietnam.
Kedudukan 1-2 kekal sehingga berakhir separuh masa pertama. Malaysia menambah dan seterusnya berjaya mengikat Vietnam 2-2 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Safawi Rasid tidak berjaya diselamatkan okeh penjga gol Vietnam.
Keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat dan mereka akan bertemu dalam pusingan kedua pada 15 Disember nanti.
Tahniah kepada pasukan Malaysia yang sudah mencuba sedaya upaya mengekang Vietnam daripada mencipta kemenangan malam ini.
Tahniah juga sekali lagi buat Safawi Rasid kerana dinobatkan sebagai pemain terbaik (MOTM) malam ini walaupun dalm studio Fox Sports menganggap Farizal Marlias lebih berhak.
AFF Suzuki Cup 2018 - First Leg Finals
Malaysia 2-2 Vietnam
22’ Nguyen Huy Hung
25’ Pham Duc Huy
36’ Shahrul Saad
69’ Safawi Rasid
Berapa biji gol yang telah Farizal selamatkan malam tadi ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan