Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

Sumareh optimis Harimau Malaya mampu menang di Hanoi

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh ketika beraksi

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh ketika beraksi menentang Myanmar dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil PADA 24 November lalu.- FOTO UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

SEPANG, 13 Dis. - Pemain sayap naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh yakin pasukannya mampu mengubah keadaan ke atas Vietnam apabila kedua-dua pasukan bertemu pada final kedua Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini.
Pemain berumur 24 tahun dari Gambia itu berkata, Harimau Malaya yang telah bertungkus lumus berlawan hingga ke akhir sewajarnya tidak melepaskan peluang untuk menjulang Piala AFF untuk kali kedua selepas 2010.
Malaysia dan Vietnam berkongsi kedudukan seri 2-2 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa lepas.
"Kami telah bersama-sama hampir dua minggu sebelum ke final dan kami banyak berkorban meskipun ramai pemain bola sepak bercuti pada masa sekarang.
"Kami tidak mahu melepaskan peluang ini begitu sahaja dan tidak mahu menduduki tempat kedua. Kami patut melakar sejarah dan raih Piala AFF buat kali kedua," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Hanoi bersama skuad kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sumareh menggesa rakan sepasukannya agar lebih berhati-hati dengan serangan balas Vietnam yang mungkin membolehkan negara itu memperoleh gol seperti mana yang berlaku pada final pertama, di mana Malaysia ketinggalan 0-2 sebelum bangkit semula menyamakan kedudukan 2-2.
Dalam hubungan ini, dia mengingatkan barisan pertahanan kebangsaan memberi perhatian yang lebih kepada pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai yang bijak mengatur serangan terhadap kubu Malaysia.
Dalam pada itu, pertahanan kanan negara, Muhammad Syahmi bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik bersama skuad negara setelah terlepas aksi final pertama sebelum ini akibat kad merah yang diterima pada separuh akhir kedua menentang Thailand di Bangkok pada 5 Disember lepas.
Dia pada sama mengakui, tugas getir menanti skuad negara menentang Vietnam yang berkobar-kobar memburu kemenangan di laman sendiri untuk meraih kejuaraan buat kali kedua selepas 2008.
"Agak kecewa juga kerana tidak dapat beraksi pada final pertama, tempoh hari dan rakan sepasukan sudah beri yang terbaik pada aksi berkenaan, cuma sedikit kesilapan kita beri dua gol awal kepada pasukan lawan sebelum bangkit.
"Bagi saya, tekanan itu tetap ada, jadi kita kena serap tekanan itu dan main ikut arahan jurulatih. Mereka mungkin ambil mudah sebab main di laman sendiri, namun kita tetap kena fokus," jelas pemain Selangor itu yang memainkan watak penting ketika membantu Malaysia layak ke final.
Muhammad Syahmi, 20 meledak jaringan pembukaan yang menarik ketika membantu Malaysia mengikat Thailand, 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok, sebelum ini.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan