Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 15 Disember 2018

Stadium Nasional My Dinh bertukar jadi merah


SEPERTI yang dijangka, lautan merah penyokong Vietnam membanjiri Stadium Nasional My Dinh yang berkapasiti lebih 40,000 penonton bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018.
Suasana di dalam stadium sejak jam 5 petang cukup bingit dengan sorakan penyokong yang turut meniup alat bunyian ‘vuvuzela’.
Apa yang dilakukan penyokong Naga Emas itu selain ingin membangkitkan semangat pemain tuan rumah, mereka juga mahu menenggelamkan sorakan lebih 1,500 penyokong Malaysia yang diketuai Ultras Malaya.
Sorakan Vietnam! Vietnam! mula kedengaran ketika pemain kedua-dua pasukan melakukan sesi memanaskan badan sebelum sepak mula jam 8.30 malam.
Ultras Malaya tidak ketinggalan apabila menyanyikan lagu Ekor Harimau Sejati buat membakar semangat anak buah Tan Cheng Hoe.
Walaupun suhu sejuk sekitar 18 darjah selsius, ia langsung tidak menjejaskan keghairahan kedua-dua penyokong yang tidak sabar menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan selepas terikat 2-2 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu.
Berdasarkan peraturan gol di tempat lawan, Harimau Malaya juara 2010 perlu mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya seri 3-3 untuk merangkul gelaran kedua manakala  pasukan tuan rumah hanya memerlukan seri 0-0 atau 1-1 untuk mengulangi kejayaan 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan