Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

Safawi Rasid : Gol Saya Hasil Daripada Kerjasama Rakan Sepasukan

Safawi memecah kebuntuan malam tadi apabila beroleh jaringan sulong dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun ini. Perlawanan ketujuh Safawi barulah beliau berhasil menjaringkan gol yang amat penting untuk Malaysia.

Ikuti seterusnya laporan dan wawancara Astro bersama Safawi.

"Ini hasil kerjasama berpasukan." Itu reaksi penyerang negara, Safawi Rasid, selepas meledak gol sulungnya dalam kempen Piala AFF 2018 ketika menentang Vietnam dalam aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. 

Foto : FAM

Safawi menghasilkan gol penyamaan Malaysia menerusi sepakan percuma untuk mengikat lawan 2-2 serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

"Alhamdulillah saya sudah dapat (mencetak) gol pertama dalam Piala AFF. 

"Ia adalah hasil bantuan daripada rakan-rakan sepasukan dan selepas ini, saya akan cuba buat sehabis baik lagi dengan kemampuan yang saya ada di samping mendapat bantuan daripada rakan sepasukan. 

"Saya akan berusaha mendapatkan keputusan yang baik di Hanoi (Sabtu ini)," katanya sejurus tamat perlawanan dengan Vietnam. 

Harimau Malaya, bagaimanapun, berdepan laluan berliku apabila membenarkan Vietnam membawa pulang bekalan dua gol di tempat lawan.

Justeru, Safawi mengakui pemain-pemain negara tidak dapat mengelak daripada berasa tertekan, namun dalam masa yang sama tetap optimis dengan peluang Malaysia di Stadium Nasional My Dinh nanti.

"Saya berasa sedikit tertekan disebabkan Vietnam berjaya mendapatkan dua gol di tempat lawan. 

"Tetapi, dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi. 

"Kami akan cuba bermain seperti biasa di Hanoi nanti dan mendapatkan keputusan yang positif," ujarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan