Farizal Marlias (penjaga gol) rating 8/10
Meskipun gawang negara dibolosi dua kali pada babak pertama, Farizal tetap memainkan peranan besar pada perlawanan ini. Dia berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Vietnam termasuk ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan Ha Duc Chinh.
Amirul Azhan Aznan (bek kanan) rating 6/10
Turun buat kali pertama bagi menggantikan Syahmi Safari. Berjaya mengekang serangan Vietnam namun kurang membantu Mohamadou Sumareh ketika menyerang kecuali satu peluang menerusi satu hantaran lintang menarik.
Irfan Zakaria (bek tengah) rating 6/10
Beraksi lebih baik berbanding ketika menentang Thailand pada separuh akhir kedua. Namun beberapa kali nampak goyah ketika diasak penyerang Vietnam tapi sumbangannya paling bermakna adalah ketika menghalang Phan Van Duc melakukan rembatan dalam kotak penalti.
Shahrul Saad (bek tengah) rating 9/10
Pemain paling konsisten Malaysia dalam kempen kali ini. Berjaya beberapa kali menyelamatkan situasi bahaya termasuk ketika perebutan bola tinggi. Gol pertamanya menjadi pencetus kebangkitan Malaysia dalam perlawanan ini.
Nazirul Naim Che Hashim (bek kiri) rating 6/10
Bermain agak efektif pada awal perlawanan namun kesilapannya ketika mengeluarkan bola hantaran lintang memberi ruang kepada Vietnam menghasilkan gol pertama. Terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.
Akram Mahinan (pemain tengah) rating 6.5/10
Menguasai bahagian tengah namun di penghujung permainan permainanannya mula merosot dan hilang fokus selepas kehilangan bola.
Syamer Kutty Abba (pemain tengah) rating 7/10
Pemain yang cukup rajin untuk memenangi bola dan bijak mencari ruang untuk mengeluarkan bola meskipun diasak pemain Vietnam di bahagian tengah. Sepakan percuma yang diambilnya menjadi punca gol pertama Malaysia.
Mohamadou Sumareh (Pemain sayap) rating 6.5/10
Melaksanakan tugas seperti biasa melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti. Kelincahannya mengundang masalah kepada Vietnam namun ada ketika menyimpan bola terlalu lama sehingga mudah dikawal pemain lawan.
Safawi Rasid (Pemain sayap) rating 7.5/10
Secara keseluruhan, Safawi belum beraksi di prestasi terbaik dan kesilapannya kehilangan bola di bahagian tengah menjadi punca gol pertama Vietnam. Tapi gol penyamaan menerusi sepakan percuma membuktikan dirinya masih menjadi aset penting kepada pasukan negara.
Norshahrul Idlan Talaha (Penyerang) rating 6/10
Mat Yo jelas langsung tidak diberi ruang oleh pemain Vietnam. Dia dikawal ketat dengan cukup agresif dan adakala kelihat kecewa apabila tidak mendapat sokongan rakan sepasukan. Digantikan dengan Akhyar Rashiod setengah jam sebelum permainan tamat.
Zaquan Adha Abd Radzak (Penyerang) rating 6/10
Tidak dinafikan ketua pasukan negara ini cukup rajin di atas padang namun kurang efektif sebagai penyerang utama untuk memegang bola di bahagian atas.
Akhyar Rashid – 6/10
Menggunakan kepantasannya untuk melakukan larian ke kawasan Vietnam namun sukar melakukan hantaran untuk menemui rakan sepasukan.
Adam Nor Azlin – 6/10
Dibawa masuk bagi menggantikan Nazirul Naim. Tidak banyak membantu bahagian atas ketika menyerang dan menerima kad kuning sebaik dimasukkan.
Syafiq Ahmad – 6.5/10
Dimasukkan menggantikan Amirul tapi tugasnya lebih kepada menyerang dalam usaha Malaysia memburu gol. Hampir menjadi wira menjaringkan gol kemenangan tapi sepakan percumanya ditepis keluar penjaga gol Vietnam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan