Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 14 Disember 2018

Puisi untuk Harimau Malaya


SEMPENA pertarungan akhir pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam Piala AFF 2018 di Hanoi, seorang penyokong Noor Izam Samin menulis sebuah pusi khusus untuk menaikkan semangat pemain negara.
Puisi bertajuk harimau Malaya itu sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat untuk mereka berjuang menjulang nama negara sehingga ke puncak gemilang.
HARIMAU MALAYA
Usah dihirau dibasahi hujan kritikan
Menjadi sempadan benteng keampuhan
Di jiwa terpatri ikrar kesungguhan
Mewarnai mimpi menjadi kenyataan
Menuju sasaran pantas menderum
Melangkah mara perkasa mengaum
Keazaman membara semarak bercantum
Mencipta kejayaan wangian mengharum
Watan megah senyuman menguntum
HARIMAU MALAYA
Teruslah melangkah segera menerkam
Mencengkam padu dengan kuku tajam
Biarkan musuh segera dibaham
Melakar kemenangan tiada berdendam
HARIMAU MALAYA
Ayuh para penyokong Malaysia
Bersama nyalakan obor perjuangan
Bersama menyulam muafakat perpaduan
Berteman keikhlasan semangat kesukanan
Membina kehidupan berpagar keamanan
Bersama merenangi lautan kesyukuran
Bersama menongkah arus pusaran ujian
Teruskan perjuangan menggapai impian
Noor Izam Samin
Perpustakaan UiTM, Cawangan Melaka Kampus Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan