Seperti yang kita ketahui, kesemua 80,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 telah habis dijual.
Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan Vietnam di perlawanan tersebut yang dijadualkan sepak mula pada jam 8:45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.
Berdasarkan tinjauan dari perkongsian ramai penyokong Harimau Malaya di media sosial, jelas sekali ramai yang kecewa kerana gagal mendapatkan tiket perlawanan.
Tidak kurang juga yang mengkritik perjalanan penjualan tiket perlawanan – baik secara talian, ataupun sistem jualan fizikal pada Ahad lalu di kaunter stadium.
PSM dengan kerjasama KBS
Bagi yang masih gagal mendapatkan tiket, anda usah risau. Anda masih lagi berpeluang untuk merasai bahang perlawanan akhir tersebut di Bukit Jalil!
Ini berikutan usaha sama diantara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan juga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengadakan ‘Live Party’ di Arena Axiata – yang terletak bersebelahan dengan SNBJ.
Menteri Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman melalui satu kenyataan di rangkaian media sosial beliau berkata:
“Saya turut bersimpati kepada semua yang tidak dapat membeli tiket untuk perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF selepas beratur sekian lama.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak KBS bersedia untuk membantu FAM untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.
“Sementara kita menyiasat dan mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang bersama FAM, pihak KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan membuka Axiata Arena di sebelah Stadium Bukit Jalil untuk ‘live screening’ buat rakyat Malaysia.
“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai ke Axiata Arena bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya!”
Live viewing di Axiata Arena
Live Viewing di Axiata Arena adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dan kemasukkan adalah percuma.
Bagaimanapun, untuk memastikan keselesaan penyokong yang hadir, hanya 15,000 penyokong sahaja akan dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di dewan tertutup tersebut.
Wakil dari PSM turut mengesahkan keputusan untuk mengadakan live viewing di arena tertutup adalah kerana faktor cuaca – selain kapasiti Axiata Arena yang boleh memuatkan ramai penyokong yang tidak memiliki tiket.
Jika anda salah seorang yang gagal medapatkan tiket, dan masih mahu merasai kehangatan menonton perlawanan akhir tersebut bersama ribuan ‘ekor’ Harimau Malaya yang lain, hadirkan diri anda ke Axiata Arena esok! Jumpa anda di sana!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan