Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini mengumumkan tambahan penerbangan ke Hanoi dari Kuala Lumpur khas untuk penyokong-penyokong Harimau Malaya yang ingin bertandang ke Hanoi untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara.
Malaysia dijadualkan akan berhadapan dengan Vietnam pada 15 Disember hadapan untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018.
Sehubungan dengan itu, Tony melalui satu kenyataan di media sosial milik beliau berkata empat penerbangan tambahan akan dilakukan dari Kuala Lumpur ke Hanoi bagi memenuhi permintaan.
Selain daripada tambahan penerbangan tersebut, Tony turut mengumumkan harga tiket penerbangan khas RM450 – khusus untuk penerbangan pergi dan balik penyokong ke negara berkenaan.
“Ultra Tony di sini. Empar penerbangan tambahan bernilai RM449 untuk penerbangan pergi dan balik untuk penyokong Ultras Malaya ke Hanoi,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.
Jutawan penerbangan tambang murah negara tersebut turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew Air Asia yang sanggup mengorbankan cuti mereka untuk merealisasikan harapan penyokong negara.
Dalam perkembangan lain, Tony turut berkata Air Asia sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik di dalam bentuk penerbangan ihsan, penerbangan percuma, dan penerbangan khas untuk kumpulan Ultras Malaya.
17 tahun di dalam industri penerbangan, tidak boleh dinafikan Air Asia telah banyak menyumbang kepada industri penerbangan negara, dan rakyat Malaysia amnya.
Beliau turut menyeru penglibatan pihak-pihak bekenaan, seperti Malaysia Airports dalam usaha sebegini, demi memastikan rakyat Malaysia boleh menikmati tambang penerbangan mampu milik.
Terima kasih kami ucapkan kepada Tan Sri Tony Fernandes. Anda benar-benar berjiwa Malaysia. #UltraTony



Tiada ulasan:
Catat Ulasan