Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

Piala AFF 2018: Aidil Zafuan Dan Syazwan Andik Disahkan Boleh Beraksi Di Hanoi


Skuad Harimau Malaya bakal menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, setelah dua tonggak di bahagian pertahanan, Aidil Zafuan dan Syazwan Andik disahkan kembali pulih dan sedia diturunkan.



Perkhabaran itu jelas memberi kelegaan kepada ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang amat memerlukan khidmat dua pemain itu bagi menguatkan benteng pertahanan negara.
Selain itu, skuad negara turut mendapat semula khidmat pemain pertahanan kanan, Muhammad Syahmi Safari yang digantung satu perlawanan setelah mengutip kad merah ketika perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok.
“Kita harap dengan kembalinya tiga pemain pertahanan ini, ia sedikit sebanyak membantu kita di barisan pertahanan, namun kita tahu serangan Vietnam agak pantas, cepat mengambil peluang dan pemain perlu fokus selain kubu negara tidak dibolosi,” katanya dalam Berita Harian.
Barisan pemain negara bergambar sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam. FOTO: FAM
Cheng Hoe mungkin guna formasi 3-4-3 menentang Vietnam
Menjelang pertemuan menentang Vietnam sabtu ini, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan berlakunya perubahan formasi terutamanya di bahagian pertahanan selepas kubu skuad negara mudah dibolosi pada aksi sebelum ini.

Adam Nor Azlin kemungkinan akan beraksi di bahagian pertahanan. FOTO: ESPN FC
Selain itu, mereka juga perlu cepat menyesuaikan dengan cuaca sejuk di sana memandangkan hanya tinggal 2 hari sahaja sebelum hari perlawanan sebenar.

“Pemain juga sudah tahu keadaan cuaca di sana, mungkin hujan atau keadaan sejuk dan pemain kena bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti,” jelas Cheng Hoe.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut serta ke Hanoi, yakin dengan kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mengulangi semula pencapaian tahun 2010.
“Apabila keputusan seri 2-2 pada aksi (final pertama) sebelum ini, mungkin ada penyokong yang berpendapat kita mempunyai peluang tipis (untuk muncul juara) di Hanoi, tetapi dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi macam kita bertemu dengan Thailand (sebelum ini).
“Saya kira peluang kita untuk muncul juara dengan Vietnam adalah 50-50, maknanya kita ada peluang dan dia pun ada peluang, dan dia tertekan beraksi di laman sendiri dan saya ingat pemain kita bersedia main tanpa tekanan dan beraksi dengan baik,” tegas Hamidin.
Untuk rekod, Malaysia pernah mengejutkan Vietnam 4-2 di Stadium My Dinh ketika aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF pada tahun 2014. Skuad yang dikendalikan oleh Dollah Salleh itu bangkit daripada kekalahan 1-2 di Stadium Shah Alam pada separuh akhir pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan