SAFAWI RASID menjadi penyelamat Harimau Malaya selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Vietnam 2-2 dalam aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini
KUALA LUMPUR 11 Dis.- Penjaring gol penyamaan, Safawi Rasid lega apabila akhirnya mampu menjaringkan gol namun perjuangan masih belum tamat untuk Malaysia kerana perlawanan masih berbaki 90 minit di Hanoi nanti.
Bintang muda negara itu, turut memuji semangat juang rakan sepasukannya yang berjaya bangkit meskipun ketinggalan dua kali dalam perlawanan separuh akhir pertama.
“Pertama saya akhirnya dapat jaringkan gol tetapi perlawanan masih berbaki 90 minit di Hanoi dan sudah pasti di sana nanti perlawanan yang sukar buat kami namun tiada yang mustahil. Kami akan beri yang terbaik untuk membawa pulang piala ke Malaysia.
“Rakan-rakan pasukan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Mungkin kesilapan lepaskan gol di minit awal dalam perlawanan tadi namun secara keseluruhan kami telah beri yang terbaik,” katanya.
Dalam aksi final pertama, Malaysia berjaya bangkit untuk mengikat Vietnam 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pasukan Harimau Malaya akan berkunjung ke Hanoi dalam aksi final kedua di Hanoi, Sabtu ini.-UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan