Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 8 Disember 2018

Penyokong Harimau Malaya mula 'berkampung' di stadium


PENYOKONG Harimau Malaya sudah mula berkampung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini bagi mendapatkan tiket final Piala AFF 2018.
Menerusi laman Facebook BOLA Malaysia Live, beberapa keping gambar dimuat naik menunjukkan peminat bola sepak beratur bagi membeli tiket perlawanan akhir antara Malaysia dan Vietnam.
Turut kelihatan khemah yang dipasang di sekitar perkarangan stadium yang didirikan untuk mereka berehat.
Sebelum ini, 40,000 tiket dalam talian sudah habis dijual dan baki 40,000 lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports.
Harga tiket ditetapkan pada RM40 bagi tempat duduk terbuka dan RM5 bagi tiket kanak-kanak manakala tempat duduk grand stand berharga RM50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan