Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Disember 2018

Peluang Untuk Adam Nor Azlin Pamer Kemampuan Jika Aidil Masih Tidak Cergas

Kecederaan dialami pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd Radzak membuka persoalan mengenai siapa pengganti yang sesuai digandingkan dengan Shahrul Saad untuk mengemudi jantung pertahanan skuad negara dalam aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam pada Selasa.

Ketika aksi separuh akhir kedua menentang Thailand tempoh hari, Tan Cheng Hoe memilih untuk memasukkan Irfan Zakaria sebagai pengganti Aidil yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-17.


Begitupun Irfan pada malam itu dikritik hebat susulan aksi hambarnya apatah lagi dia turut tertampan masuk bola ke gawang sendiri hanya tiga minit selepas dimasukkan yang memberikan Thailand gol pendahuluan, malah pemain itu sendiri kecewa dengan prestasi ditunjukkannya.

“Memang ia bukan prestasi sebenar saya dan saya tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Mungkin kerana ia adalah aksi pertama jadi saya ambil masa untuk sesuaikan diri dengan tempo permainan.

“Tetapi kini ia menjadi perlawanan hidup mati pasukan dan saya sedia meningkatkan prestasi dan jika diberi peluang, saya akan melakukan yang terbaik dan membalas kepercayaan yang diberi,” kata Irfan.

Pilihan lain yang ada buat Cheng Hoe di posisi pertahanan tengah adalah pemain Johor Darul Takzim (JDT) Adam Nor Azlin.

Meskipun Adam Nor Azlin telahpun membuktikan kualitinya bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan di pentas Sukan Sea, kelayakan AFC dan Sukan Asia, sehingga kini dia masih belum mendapat peluang untuk bermain walaupun sebagai pemain gantian.

Dengan Vietnam diketahui mempunyai penyerang yang klinikal dalam kelibat trio Nguyen – Nguyen Cong Phuong, Nguyen Anh Duc dan Nguyen Quang Hai – mungkinkah Adam Nor Azlin akan akhirnya dihadiahkan kap sulung dalam saingan Piala AFF ini?

Bagi Shahrul Saad yang juga merupakan pertahanan terbaik Liga Malaysia 2018, dia tiada masalah untuk digandingkan sama ada dengan Adam mahupun Irfan dan berjanji akan memberikan komitmen terbaik dalam memastikan segala ruang buat barisan depan Vietnam dapat ditutup seterusnya menghalang mereka dari menjaringkan gol di tempat lawan.

Malaysia yang kali terakhir muncul juara pada 2010 akan terlebih dahulu melayan kunjungan Golden Dragons di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember sebelum bertandang ke Hanoi bagi final kedua pada 15 Disember.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan