Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

Nasihat daripada Kedutaan Malaysia di Vietnam kepada ‘Ekor’ Harimau Malaya


Menjelang sepak mula perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, berikut adalah beberapa nasihat kepada ‘Ekor’ Harimau Malaya daripada Kedutaan Malaysia di Vietnam.
Perkara tersebut dinyatakan menerusi laman sesawang rasmi, Official Website of Embassy of Malaysia, Hanoi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

The Embassy of Malaysia in Hanoi wishes to inform and remind all Malaysians travelling to Hanoi, Vietnam for the AFF Suzuki Cup Final 2018 (second leg) to adhere to the local rules and regulations of the host country.’
‘Kindly take note that Malaysians will obtain a – 30 days visa on arrival’
‘Bring in proper clothing as the temperature in Hanoi continues to fall.’
‘Malaysians with breathing difficulties or asthmatic patients are advised to watch the game from their respective hotels.’
‘For halal food requirements, kindly visit hotels and avoid eating at stalls.’
‘Any Malaysians requiring consular assistance may contact our Embassy duty officer at +84(0)90-418 5610 directly.’

Para penyokong yang bertandang ke Vietnam bagi menyaksikan perlawanan di antara Vietnam dan Malaysia mestilah mematuhi segala undang-undang tempatan. Selain itu, pastikan membawa pakaian yang sesuai memandangkan suhu semakin menurun di Hanoi.
Kepada yang mempunyai kesukaran untuk bernafas ataupun pesakit asma, anda disarankan untuk menonton perlawanan tersebut daripada tempat penginapan anda.
Bagi kalangan muslim mahukan makanan halal, pastikan anda menjamu selera di hotel-hotel dan hindari daripada memilih makanan di warung.
Berikut adalah alamat, nombor telefon dan lain-lain maklumat kedutaan Malaysia di Vietnam untuk rujukan anda,

Alamat: 43 – 45 Dien Bien Phu Street
Ba Dinh District
Hanoi
No. Telefon: +8424-3734 3849
+8424-3734 3836
No. Telefon Bimbit: +849-0418 5610

Kepada semua ‘Ekor’ Harimau Malaya yang akan ke Hanoi bagi memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe di bumi Vietnam, kami di FOX Sports MY mengharapkan anda semua selamat pergi dan pulang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan