Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

Mentaliti kemenangan di JDT rahsia kebangkitan Harimau Malaya - Tunku Ismail




KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji semangat melawan tinggi dipamerkan skuad Harimau Malaya yang bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Jelas bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, mentaliti kemenangan yang ada pada skuad kendalian Tan Cheng Hoe menjadi faktor utama kebangkitan pasukan negara.
Katanya, perkara sama turut diterapkan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) yang meletakkan asas mentaliti kemenangan sebagai elemen terpenting buat kelab itu.
"Di JDT, semuanya adalah mengenai 'Winning Mentality'. Saya 'push' pemain `to the limit'. Lama-kelamaan ia menjadi ketagihan. Semuanya adalah berkaitan mentaliti kemenangan.
"Mereka bukan sahaja melakukannya untuk kelab, mereka turut membawa mentaliti itu apabila menyarung jersi negara. Saya bangga dengan kamu semua serta seluruh pasukan. Syabas!" katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST).
Skuad negara yang perlu mencari bekalan sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal balik Sabtu ini dikejutkan dengan dua gol pantas pelawat menerusi Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy (m-25).
Ketinggalan 2-0 langsung tidak mematahkan semangat pemain negara apabila bangkit menerusi tandukan Shahrol Saad (m-36) sebelum penyerang JDT Safawi Rasid meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma pada babak kedua.
Ketangkasan penjaga gol JDT, Farizal Marlias menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi patut dipuji selepas dia kerap diuji dengan percubaan berbahaya skuad Naga Emas.
Kini penentuan juara bakal ditentukan di Hanoi dengan Malaysia mesti mencipta kemenangan sekurang-kurangnya 1-0 untuk mengulangi pencapaian 2010 apabila menjulangnya buat pertama kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan