Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 7 Disember 2018

Mencabar bawa 'tentera kecil'



Muhammad Izzul Naim Mohammad Nadzeri dan Siti Aliah Kamaruddin bersama anak keduanya, Tuah Iskandar ketika menunggu penerbangan pulang di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok menuju ke Kuala Lumpur, semalam. - Foto NSTP

BANGKOK: Pengalaman bertandang ke Stadium Rajamangala bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 nyata memberi pengalaman baharu buat pasangan Muhammad Izzul Naim Mohammad Nadzeri dan Siti Aliah Kamaruddin.


Mana tidaknya, bukan setakat mereka berdua malah pasangan itu turut membawa bersama dua anak kecil iaitu Mawar Suraya yang berusia tiga tahun dan Tuah Iskandar, setahun ‘terbang’ ke negara Gajah Perang itu.
Muhammad Izzul Naim, 28, menyifatkan situasi itu sebagai satu pengalaman mencabar memandangkan mereka sebelum ini hanya pergi berdua pada edisi 2012 yang berlangsung di Stadium Supachalasai.
“Ini kali pertama saya membawa mereka jadi memang agak mencabar memandangkan mereka begitu aktif. Jadi kami menjaga mereka secara bergilir gilir.
“Mereka sebenarnya sudah didedahkan dengan suasana di stadium kerana saya sering membawa mereka menyaksikan perlawanan di stadium sebelum ini.
“Jadi mungkin sebab itulah mereka tidak banyak meragam dan tidak terganggu dengan sorakan lantang daripada penyokong ketika berada di dalam stadium,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas pulang ke ibu negara, semalam.
Pasangan itu adalah antara kelompok penyokong Harimau Malaya menyertai penerbangan khas cetusan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia khusus bagi aksi Thailand bertemu Malaysia, kelmarin.
Sementara itu, Siti Aliah, 29, berkata pengalaman membawa dua anak kecil ke luar negara bagi menyaksikan perlawanan bola sepak sama sekali tidak akan menghalang hasrat keluarga kecil itu untuk terus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.
“Tidak ada masalah untuk membawa mereka ke luar negara dan kami akan turut terbang ke Hanoi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2018.
“Sudah tentu kami tidak mahu meninggalkan anak kami. Jadi untuk itu, kami sudah bersedia untuk memastikan anak anak selesa menonton perlawanan di stadium,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan