Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Mat Zan optimis Harimau Malaya terkan Vietnam

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain kebangsaan Mat Zan Mat Aris melahirkan nada positif Harimau Malaya mampu ‘mengunci mulut’ Vietnam pada final pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.
Beliau berkata, ia selepas kejayaan pemain negara ‘menutup mulut’ pemain Thailand di laman mereka Rabu lalu pada separuh akhir kedua yang berkesudahan seri 2-2. Malaysia layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Justeru bagi menambah keyakinan pemain negara, jurulatih yang pernah menjulang trofi Piala Malaysia tiga kali ketika bersama Kuala Lumpur berkata, faktor bermain sebagai satu pasukan kunci utama kejayaan.
Pengendali baharu Negeri Sembilan itu juga mengingatkan semua pemain terutama jentera tengah yang diketuai Akram Mahinan dan Syamer Kutty Abba supaya lebih kreatif berdepan skuad Naga Emas bimbingan Park Hang Seo.
“Selain itu pemain perlu bijak mengawal perasaan dan tenang walaupun diasak kerana lawan sudah pasti akan bermain perang psikologi untuk ‘membunuh’ semangat pemain negara biarpun beraksi di laman sendiri.
“Pemain juga harus bijak menutup ruang kepada pemain lawan daripada bergerak bebas terutama berdekatan kawasan gol dengan mengekang setiap gerakan mereka.
“Saya percaya jika ruang kepada pemain lawan sudah ditutup mereka akan ‘mati akal’ lebih-lebih lagi pemain Vietnam sudah gentar dengan barisan pemain Malaysia terutama selepas berjaya menundukkan Thailand pada separuh akhir.
“Bagaimanapun pemain negara usah terlalu ghairah sebaliknya tahu tugas masing-masing serta mengikut taktikal jurulatih selain mengharapkan jentera serangan perlu lebih tajam memburu gol,” kata Mat Zan yang meramalkan Malaysia menang 1-0 pada perlawanan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan