Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Syamer Kutty dan Safawi Rasid adalah 4 pemain JDT yang membarisi skuad Harimau Malaya sejak tiga perlawanan terakhir Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuku 2018. Mampukah keempat-empat pemain ini kekal berada dalam perancangan Tan Cheng Hoe disenaraikan dalam kesebelasan utama Malaysia malam ini ?


Ada kemungkinan Aidil Zafuan akan diketepikan dari kesebelasan utama skuad Cheng Hoe malam ini atas sebab masih belum pulih dari kecederaan.

Keempat-empat pemain itu menjadi tonggak pasukan Harimau Malaya dalam tiga perlawanan terakhir Malaysia iaitu menentang Myanmar dan Thailand. Malaysia menang melawan Myanmar 3-0 dan seri dengan Thailand 0-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil jug seri 2-2 di Bangkok.

Keempat-empat mereka itu juga telah bermain penuh masa 90 minit dengan cemerlang dan berjaya mengikat Thailand tanpa sebarang jaringan dalam separuh akhir pertama Sabtu lepas. Kecuali Aidil yang hanya mampu berada di atas pasang 18 minit permainan sahaja.

Malam ini pukul 8.45, Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Semoga mereka dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dan seterusnya membawa bekalan yang cukup ke perlawanan akhir kedua Piala AFF ini di Hanoi 15 Disember ini. 

Malaysia memerlukan kemenangan atau seri tanpa jaringan untuk mencerahkan peluang.

Senarai kesebelasan utama Malaysia menentang Thailand - sepruh akhir kedua :

Farizal Marlias
Syahmi Safari
Aidil Zafuan Radzak
Shahrul Saad
Nazirul Naim
Akram Mahinan
Syamer Kutty Abba
Mohamadou Sumareh
Norshahrul Idlan Talaha
Safawi Rasid
Zaquan Adha

Disebut-sebut juga peluang malam ini untuk Adam Nor Azlin membuat penampilan andai Aidil tidak dapat diturunkan atau menggantikan Syahmi Safari yang digantung perlawanan.