Kekecewaan dan kehampaan serta kemarahan jelas terdengar dari pengulas sukan bola sepak TV Thailand setelah Adisak Kraison gagal menjaringkan gol sepakan penalti Thailand dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 sebentar tadi.

Thailand wajib menjaringkan gol penalti tersebut untuk layak ke Final Piala AFF Suzuki 2018. Sebelum sepakan tersebut, Thailand dan Malaysia terikat seri 2-2. Kedudukan dan jaringan itu tidak memihak kepada Thailand. 

Namun sepakan Adisak Kraison melambung atas palang gol walaupun kelihatan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias sudah tertewas dan merebahkan badan ke arah lain.

Beberapa saat selepas kegagalan tersebut, pengadil meniup wisel penamat separuh akhir kedua Piala Suzuki 2018 dan memberikan kemenangan kepada Malaysia.

Tahniah Malaysia.