Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Disember 2018

Ketua jurulatih Vietnam persiap pasukan untuk berdepan sorakan padu ‘ekor’ Harimau Malaya



Selepas Myanmar dan Thailand ditenggelami dengan sorakan ‘ekor’ Harimau Malaya, nampaknya ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sudah mempersiap pasukannya untuk berdepan sorakan padu penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
“Pasti ramai penyokong akan hadir pada perlawanan esok, tetapi kami sudah mempersiap pasukan ketika sesi latihan dan saya sudah meminta pemain saya untuk bertenang dalam perlawanan esok. Mungkin kami akan sukar berkomunikasi dengan sorakan penyokong Malaysia yang begitu kuat. Oleh itu, kami akan menggunakan catatan untuk berkomunikasi. Saya tidak rasa ianya akan menjadi masalah.
“Kekuatan utama kami adalah kami mempunyai ramai pemain muda yang cukup bertenaga. Tetapi mereka mungkin kurang dari segi pengalaman. Kami sudah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat pasukan. Kami juga akan mencari jalan untuk memperkuatkan bahagian pertahanan kami.”
Park Hang-seo juga tahu biarpun pasukannya sudah menewaskan Malaysia dalam pertemuan awal mereka, dia tidak boleh terlalu yakin dan mesti berjaga-jaga dengan keupayaan bahagian serangan Malaysia. Ketua jurulatih yang berasal daripada Korea Selatan itu juga tidak mahu sebarang kekacauan berlaku ketika perlawanan.
“Pemain dan ketua jurulatih Malaysia tetap sama. Dan kami sudah tewaskan mereka dalam aksi peringkat kumpulan. Tetapi pasti kami akan berdepan pasukan Malaysia yang berbeza dalam perlawanan akhir. Mereka mesti telah melakukan persiapan rapi untuk mengenalpasti apa kelemahan kami. Tetapi kami juga telah mempersiapkan pasukan untuk mengatasinya. Pada pendapat saya, pasukan Malaysia mempunyai barisan serangan terbaik di Piala AFF Suzuki kali ini.
“Jika ada penyokong yang menggunakan laser ketika perlawanan, AFF perlu tegas dalam perkara ini dan menghalang perkara ini daripada berlaku. Saya juga tahu sekarang musim hujan di Malaysia, tetapi pemain kami sudah bersedia untuk bermain dalam cuaca begini.”
Malaysia akan berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan