Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

KENYATAAN MEDIA, 13 DISEMBER 2018

Merujuk kepada artikel dari Fox Sports baru-baru ini.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ingin memaklumkan bahawa aspek keselamatan penonton di semua venue PSM sentiasa diberi keutamaan.
Untuk semua acara yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), atas permohonan yang dibuat, PSM membenarkan pihak FAM untuk menguruskan kemasukan penonton di semua pintu masuk Stadium Nasional. Berhubung dengan isu lebihan kapasiti penonton pada malam Selasa yang lalu, PSM sedang dalam tindakan untuk mengkaji semula prosedur sedia ada dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak FAM bagi mengatasi masalah ini.
PSM mempunyai maklumat yang sahih tentang kecuaian beberapa petugas yang mengawal kemasukan penonton di pintu-pintu masuk stadium yang merupakan punca utama berlakunya lebihan penonton di dalam stadium. PSM kini sedang dalam proses mengumpulkan maklumat pengurusan dan kawalan keselamatan penonton melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Maklumat ini akan dikongsikan dengan pihak FAM ketika sesi postmortem bersama FAM nanti.
Antara isu-isu yang akan diperbincangkan adalah penggunaan sistem tiket automatik sedia ada, sistem turnstile, tempat duduk bernombor, kawalan keselamatan yang lebih ketat dan membuat tapisan yang lebih terperinci dalam melantik petugas keselamatan. Semua aspek ini akan ditambah baik untuk pengurusan acara pada masa akan datang serta memperkasakan aspek kawalan keselamatan kepada semua penonton.
Pada malam yang sama juga, acara “Viewing Party” yang dianjurkan secara percuma oleh PSM, berjaya diuruskan dengan baik kerana menggunakan sistem turnstile bagi mengawal jumlah kemasukan penonton.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, keselamatan penonton sentiasa menjadi keutamaan bagi PSM.
Disediakan oleh:
Perbadanan Stadium Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan