Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

'Jangan bagi Harimau Malaya sepakan percuma'


KUALA LUMPUR: Maruah Vietnam nyata tercalar kerana membenarkan Malaysia mengikat kedudukan menjadi 2-2 selepas mendahului dengan dua gol pada aksi final pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Skuad Harimau Malaya muncul satu-satunya pasukan yang berjaya menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan menentang skuad Naga Emas itu sepanjang kempen kali ini selepas mereka cemerlang dengan rekod tanpa bolos pada aksi peringkat kumpulan.
Selepas anak buah Park Hang Seo itu berjaya menyekat pergerakan Malaysia memperolehi gol padang, skuad negara bijak memanfaatkan sepakan percuma diperoleh untuk meledak dua jaringan menerusi tandukan Shahrul Saad dan sepakan percuma terus Safawi Rasid.
Justeru, Hang Seo mengingatkan anak buahnya supaya dapat mengelak daripada melakukan kekasaran yang boleh memberi sepakan percuma kepada pasukan negara pada aksi final kedua di Stadium My Dinh, Sabtu ini.
"Kami tidak bertahan baik ketika menghadapi sepakan percuma namun kami sepatutnya tidak melakukan kesilapan yang boleh menghadiahkan sepakan percuma kepada Malaysia.
"Berdasarkan perlawanan malam ini, kami perlu melakukan persiapan yang lebih rapi bagi menghadapi situasi sebegini pada aksi kedua nanti. Kami akan menggunakan analisis video untuk mengkaji taktikal Malaysia," katanya pada sidang media, malam tadi.
Mengulas lanjut aksi terbabit, Hang Seo mengakui anak buahnya melepaskan banyak peluang untuk 'membunuh' perlawanan itu bagi membawa bekalan lebih selesa pada aksi kedua.
"Kita mencipta banyak peluang tetapi gagal disudahkan dengan baik malam ini. Apapun, kami akan menampilkan aksi lebih baik di hadapan penyokong sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan