Info Pintu Masuk Final 1 Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia lwn Vietnam Di Stadium Nasional, Bukit Jalil (Sepak Mula 8.45 Malam Ini)
* Penyokong yang membeli tiket secara online tetapi masih belum menebusnya, kaunter penebusan dibuka di Pintu D & Pintu E sehingga jam 8.00 malam ini. Sila datang awal bagi mengelak kesesakan di kaunter yang boleh menyebabkan kelewatan masuk ke stadium.
* Pintu masuk ke stadium pula akan dibuka bermula dari jam 4.00 petang ini.
* Bagi penyokong Malaysia, sebanyak 78 laluan masuk akan dibuka iaitu 16 laluan masuk di Pintu A (tiket grandstand RM50 dan tiket terbuka RM40) serta 16 laluan masuk di Pintu B, 30 laluan masuk di Pintu C dan 16 laluan masuk di Pintu D untuk tiket terbuka RM40 sahaja.
* Bagi penyokong Vietnam, sebanyak 16 laluan masuk akan dibuka di Pintu E sahaja.
* Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini.
* Penyokong juga digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT yang telah dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.00 pagi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan