Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Disember 2018

Hasrat penyokong Harimau Malaya untuk mengucapkan selamat malam kepada Chatchai Budprom menerusi instagram rasmi miliknya, boy_chatchai_1 tidak kesampaian selepas penjaga gol Thailand itu mengaktifkan mode privasi awal pagi tadi. Sama ada tidak tahan ‘dibahan’ atau malu ekoran ayat pedas Chatchai menjerut lehernya sendiri, penjaga gol berusia 31 tahun itu terus bertindak sedemikian setelah skuad Gajah Perang tersingkir di separuh akhir Piala AFF di laman sendiri, malam tadi. Apa yang pasti, tindakan tersebut membolehkan Chatchai tidur dengan lena tanpa diganggu anasir nakal daripada penyokong Malaysia. Bagaimanapun, pujian harus diberikan Chatchai, di mana dia dilihat profesional ketika menerima provokasi daripada pemain simpanan Malaysia selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok semalam. Selepas wisel penamat dibunyikan beberapa pemain simpanan Harimau Malaya meluru masuk ke dalam padang bagi mendapatkan Chatchai di gawang golnya, sebelum mengelilingi pemain Thailand itu. Penjaga gol tinggi lampai itu dilihat tenang mengendalikan sindiran daripada pemain negara dan menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai tanda ucapan tahniah kepada Malaysia. Tindakan profesionalnya tidak terhenti di situ, Chatchai juga dilihat cuba menghalang serangan rakan sepasukannya yang berang dengan provokasi pemain Malaysia. Malaysia mara ke final Piala AFF buat kali keempat dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2, dengan perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan sama ada berdepan Vietnam atau Filipina Sumber : Utusan Malaysia Trol dari Chatchai Budprom sebelum perlawanan

Isu dan viral bagaimana penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom diperlakukan oleh segelintir pemain Malaysia hanya segelintir sahaja yang tahu keadaan sebenarnya. Berikut adalah sebab-sebab atau punca-puncanya bagaimana insiden itu boleh berlaku dan pemain Malaysia tergerak membuat begitu. Namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulkan kemarahan penyokong skuad Gajah Perang.
 

Melalui rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik sahaja berakhirnya perlawanan dengan ada yang mengelilingi penjaga gol serta ada juga yang tidur di depannya.

Syafiq Ahmad, salah seorang yang jelas nampak insiden itu membuat pengakuat keadaan yang sebenarnya. Insiden itu sebenarnya berpunca daripada Chatchai sendiri.

1. Pada minit ke-63, ketika gol kedua Thailand dijaringkan, Chatchai telah melakukan provokasidengan berlari ke arah bangku simpanan Malaysia dengan membuat gaya tidur kepada pemain dan pegawai pasukan.

2. Chatchai, penjaga gol berusia 31 tahun itu sekali lagi mengulangi aksi 'terlampaunya' apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan namun sepakan yang diambil Adisak Kraisorn melambung tinggi untuk membawa Harimau Malaya ke final.

"Sebenarnya ramai tak nampak apa hal sebenar yang berlaku di atas padang. Sebenarnya provokasi dimulakan penjaga gol Thailand yang datang ke 'bench' dan mengejek kita macam-macam." kata Syafiq

"Siapa yang tak geram bila tengok pemain tuan rumah menghina kita. Jadi bila pengadil tiup wisel, kami secara spontan lari dan buat balik apa yang dibuat kepada kita.

"Itu saja. Tapi selepas itu penjaga gol mereka datang dan bersalaman dengan kami," kata Syafiq kepada wartawan Harian Metro.

Aidil Zafuan Abd Radzak, pertahanan negara juga turut mengakui geram dengan sikap Chatchai yang tidak menghormati pasukan lawan sejak sidang media praperlawanan lagi.

"Dia dari sidang media sebelum perlawanan lagi dah mulakan provokasi. Katanya, pemain Malaysia akan dapat mimpi ngeri selepas tamat aksi.

"Sekarang saya rasa dia yang dapat mimpi ngeri dan tak boleh tidur lena sepanjang malam tadi. Apapun, kami sebagai pemain profesional dah 'ok' dan ia biasa dalam bola sepak," kata Aidil


Tiada ulasan:

Catat Ulasan