Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Disember 2018

Hasrat Aidil Zafuan Untuk Bertemu Vietnam Di Final Tercapai Kerana Mahu Balas Dendam

Hasrat pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak untuk bertemu pasukan Vietnam di final Piala AFF Suzuki 2018 telah tercapai. Aidil, 31, berhasrat sangat bertemu pasukan itu kerana dia mahu melunas dendam ketika tewas 0-2 di peringkat Kumpulan pada 16 November yang lepas.

"Harimau Malaya kini semakin bersemangat untuk menebus dendam kekalahan itu." kata Aidil Zafuan.

Sebelum perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dan Filipina Aidil berkata dia tak kisah pasukan mana yang bakal hadapi oleh Harimau Malaya di final nanti, tetapi beliau lebih mahu bertemu Vietnam.

Foto : NSTP
"Kita tewas di peringkat kumpulan dan saya mahu balas dendam.

Namun pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tidak pasti sama ada dia akan diturunkan menentang lawan pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

“Saya cedera di paha pada awal permainan menentang Thailand dan harap ia tidak serius, apapun saya akan berbincang dengan doktor untuk bermain dalam final.

“Saya belum terlepas sebarang aksi dan malam semalam pertama kali saya terlepas peluang bermain dan saya harap ia tidak serius,” katanya.

Aidil yang cedera seawal minit ke-18 semalam terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria namun mengakui terpaksa bertahan selama itu kerana begitu bersemangat untuk membalas hinaan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom ketika sidang media pra perlawanan sehari sebelumnya.

“Sebenarnya, semangat kami semarak kerana sebelum itu kami rasa terbakar dengan kenyataan Chatchai dan sebab itulah kami bangkit.”

“Kami memenangi perlawanan itu dan merasai perasaan gembira, hanya kami serta rakan-rakan dan jurulatih akan memahami perasaan sebenar memenangi perlawanan itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan