Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 17 Disember 2018

Harimau Malaya terbaik!


SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui kagum dengan prestasi Harimau Malaya walaupun gagal menjulang Piala AFF 2018.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe terpaksa akur tewas 2-3 secara agregat selepas kecundang kepada Vietnam 0-1 dalam aksi final kedua di Hanoi, Sabtu lalu.
"Paling penting saya kagum dengan prestasi Harimau Malaya.
"Bukan saja aksi di padang tetapi mereka turut berjaya menyatupadukan rakyat berbeza bangsa dan agama," katanya.
Tambahnya, walaupun aksi final kedua berlangsung di Hanoi, banyak lokasi awam di seluruh negara dipenuhi puluhan ribu penyokong bagi menyaksikan perlawanan itu.
"Saya sangat gembira. Itu paling penting," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kedudukan Cheng Hoe selepas kontrak pengendali itu tamat hujung bulan ini.
Terdahulu, Syed Saddiq menyambut kepulangan atlet bina yang meraih empat pingat emas di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2018 di KLIA2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan